PENIPU! : Guna (isi tempat kosong) memang kurus, tapi bila stop terus mencanak berat naik balik!

June 19, 2017

tempat kosong tu korang boleh isi ape-ape produk yang digemari.

shaklee, herbalife, SDII, Titan Whey dan ape-ape je supplemen yang berfungsi sebagai replacement meal untuk diet.

penipu ke produk ni semua?

sekali faham memang nampak jelas menipu. Masa pakai je kurus. Lepas stop gemuk balik kan?

Saya nak explain, kemudian anda judge sendiri ok?


Fungsi Replacement Meal


Meal replacement macam produk-produk diatas tu dibuat dengan 1 fungsi.

Fungsi itu ialah membekalkan nutrien yang cukup tetapi dgn kalori yang rendah.

satu hidangan selalunya mengandungi protein tinggi sekitar 18-25g protein dengan nilai kalori cuma 100-130kcal.

kalori rendah (100-120kcal) = lebih senang anda kuruskan badan

protein tinggi (18-25g)= otot maintain, lebih cepat bakar lemak, lebih cepat kurus


Bila anda guna replacement meal anda dapat benefit poin diatas ni.

Produk Kurus menipu? Faham dulu sebelum membuat andaian.


Contoh penggunaan


Masa nak kurus, breakfast dan lunch kita makan replacement meal dengan nutrien dan kalori macam kat atas ni.

240 kalori, 50g protein (2 kali intake, breakfast sekali, lunch sekali)


Sekarang dah kurus, kita stop dan makan balik macam biasa.

sarapan roti canai. dgn dhal. teh tarik = 457 kcal, 19g protein

lunch nasi, sayur, ayam, milo ais = 789 kcal, 22g protein

1246 kalori, 41g kalori

nampak tak beza dia. kalori jauh lebih tinggi. ni belum dinner lagi. bila tinggi macam ni besar potensi kalori seharian lebih dari yang kita guna. bila lebih, ia disimpan sebagai lemak dalam badan.

Ok untuk lebih mudah faham. Anda makan tak ingat dunia, kemudian yang salah ialah replacement meal?


protein juga lebih rendah, bila tk cukup protein, otot terurai. 

otot ialah bahagian yang memerlukan tenaga. lemak ialah tenaga.

bila otot terurai, keperluan tenaga pun berkurangan. jadi pembakaran lemak pun berkurang. berat makin susah turun, malah lagi senang naik.

inilah mekanisme di sebalik kenyataan orang yang kata lepas stop produk tu berat naik balik.

diet bukannya masa nak kurus je. bila dah kurus anda kene maintain. Untuk maintain, anda tetap kena buat benda yang sama, iaitu kawal kalori dan pastikan cukup protein.

produk meal replacement macam diatas ni tak wajib ambik. tak ambik pun boleh kurus.

Fakta Penting : Anda kena faham - Anda kurus kerana anda kawal kalori, bukan sebab makan produk kurus. Produk kurus cuma memudahkan anda mengawal kalori!


ia cuma memudahkan kerja. bancuh, minum. ia berikan nutrien yang cukup tapi dengan kalori yang rendah, macam contoh diatas.

tak nak ambik pun tkpa, tapi anda kena prepare makanan sendiri sebab makanan kedai berkalori tinggi, untuk menyedapkan makanan tersebut dah diletak rempah ratus, perasa, garam gula, santan, minyak dan segala macam benda yang menyumbang kepada kenaikan kalori makanan tersebut.

Tak pasati saya terangkan dengan cukup ringkas tak untuk anda fahami, sebab saya pun dulu tak faham-faham bila bac apaal kalori.

Tapi kalau faham, apa pendapat anda sekarang? produk-produk ni masih menipu? :)






You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook