Tips & trick Kalori Diet

May 07, 2017

Untuk turunkan berat badan, ada 1 rule yang kita kena patuh, tak kiralah apa jenis diet sekalipun.


Iaitu kita kena makan kalori lebih rendah dari yang badan kita perlukan.

kalori ialah unit tenaga yang badan kita gunakan.


Logik ni senang je tapi ramai orang abaikan. Bila kita makan jumlah tenaga kurang dari yang badan perlukan, badan perlu sumber lain untuk topap tenaga tu. 

badan perlu 2200kcal sehari.
.
anda makan 1500kcal sehari.
.
short 700kcal.
.
Mana nak dapat 700kcal short tu? daripada simpanan tenaga dalam badanlah! So anda akan hilang berat badan sebagai hasilnya.

Fakta ini sering terabai kerana lumrah manusia lebih suka janji palsu penjual produk kurus. Orang lebih suka kenyataan 'tak perlu lapar, tak perlu senam, makan saja pil ajaib ni seminggu turun 20kg'

So kunci kejayaan diet ialah memastikan kalori kita ambil sehari didalam kuota yang kita tentukan, asalkan kurang dari yang badan kita perlukan,

Tips Menjimatkan Pengambilan Kalori

Ada beberapa trick untuk jimatkan kalori.

Antara benda susah nak tinggal ialah air manis. minum air kosong je memang sihat, tapi realitinya lidah kita ni nak jugak makan/minum manis-manis.

benda manis-manis ni selalunya berkalori tinggi.

boleh je nak minum manis pun, tapi kita rugi kuota. katakanlah jumlah air manis kita minum sehari mencecah 400kcal. 400 kcal ni ialah jumlah kalori sepinggan nasi lemak. dalam kata lain, kalau kita tak minum air manis tu, kita dah boleh makan nasi lemak sepinggan.


1. so trick dia ialah, guna pengganti gula yang pesakit diabetes selalu gunakan. pengganti gula ialah 0 kalori!


penyelamat diet anda
Senang je cari pemanis ni di farmasi-farmasi. So katekan anda buat secawan kopi dengan pemanis ni, kalorinya hampir kosong!

so kalaulah selalunya lepas ambik 400kcal air manis, kena lupakan nasi lemak, sekarang anda ambik air manis dengan 0 kalori, dan boleh makan nasi lemak lagi!

Bila kita dapat makan lebih kuantiti makanan di dalam kuota kalori harian, kita rasa lebih kenyang, dan kemungkinan nak cheat tu lebih rendah.

2. Pilih makanan dengan bijak.

Tengok comparison bawah ni.

senang je nak pilih mana lagi kenyang kan, tapi bawah tu memang sedap laa


bayangkan sendiri, antara makan Big Mac sekali, dengan makan yang atas tu, yang mana lagi kenyang lama?

Jangan salah faham, boleh je nak makan fast food tu. Kita diet kena realistik, baru boleh menten. Memang lah tak sihat, tapi realitinya tahan-tahan sangat last-last cheat jugak, lebih baik ambil dengan kadar terkawal.

So kalau nak makan fast food pun boleh, cuma track kalori intake dia, dan pairkan dengan trick yang lain macam pengganti gula tadi, ataupun next trick ni.


3. Guna meal replacement

Ini ialah shortcut untuk terus makan nasi, carb, gula dan sebagainya dan masih menten intake kalori didalam kuota.

Contoh nya, saya gunakan whey proteindari  Titan Whey untuk jimatkan pengambilan kalori.

Sarapan pagi saya ambik titan whey dengan buah macam pisang ke, epal ke. So total dalam 200kcal.

Tengahari saya ambil 2 hidangan titan whey, 240kcal.

So total pengambilan lepas tengahri cuma 440kcal. Saya set kuota 1500kcal sehari.

Wanita selalunya, salah faham whey hanya untuk bina badan dan berketul-ketul. Silap sangat, ia tools yang bagus untuk diet. ketul-ketul tu perlu gym session yang intensif. kalau lah sesenang tu nak naik badan berketul-ketul, happy semua abang body builder :)

Ade baki lagi 1060kcal untuk saya 'belanjakan' untuk sepanjang hari itu. 1060 kcal ni suka hati saya nak makan apa. nasik ke, cendol ke, ABC ke.



Bila mindset dah tau, lepas tghari nanti saya akan ada banyak pilihan makanan boleh consume, tak susah nak 'behave' pagi dan tengahari settle down dengan whey dan buah-buahan dulu. kebarangkalian nak cheat tu berkurang dengan drastik.

Bila cari meal replacement, anda kena pastikan ia berprotein tinggi, kerana protein tinggi mentenkan otot kita. Dan ototlah yang membakar lemak sebab ia perlukan banyak tenaga.

pengambilan protein yang cukup (1-1.5g untuk setiap kg berat kita) cuma option untuk diet, tetapi ia adalah option yang sangat recommended sebab maintain otot memberikan kesan membakar lemak yang baik.

Dalam kata lain, kita akan kurus lebih cepat, dan lebih cantik sebab toned dengan otot. Dalam kata lain. HOT!  sssssssss (bunyi panas)

4. Bayangkan selalu bila anda dah kurus nanti....

Taukah anda, semua orang yang asalnya gemuk, bila dah kurus kompom jadi hensem, lawa dan hot gila?

Ni saya screenshot je, search je google ''lepas kurus''. Seriyes lepas kurus kompom jadi HOT!
Bayangkan selalu bila anda dah berjaya kurus nanti.

Bayangkan macamana orang yang duk perli2 masa kita diet ni terdiam (puassss)

bayangkan sebelum ni takde orang perasan pun tiba-tiba banyak plak pm-pm. kalau ade insta tetiba followers ramai. boleh buat bisnes paid review :)

Bayangkan atas pelamin lawa je pakai busana pengantin.

baynagkan bayangkan dan bayangkan.

Memang semangat jadinya!

4 tips ni sebenarnya memang power. Ikut 4 tips ni dengan konsisten dan kejayaan kurus anda 100% akan berjaya.






You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook