Sukses Kalori Diet

April 25, 2017

Untuk sukses dalam diet jenis apa sekali pun, sebenarnya kena akur kepada rules kalori diet.

Kita panggil energy balance.

Kita kena makan jumlah kalori lebih rendah dari yang badan perlukan. Dengan deficit itu badan akan uraikan tenaga dalam simpanan badan untuk mengimbangi tenaga.

--Diet Tak Berkesan? Belajar Matematik!--

Namun, hakikatnya, bila kita di dalam keadaan deficit kalori, rasa lapar dan craving memang tak boleh dielakkan.

Terpulanglah kalau anda nak percaya iklan-iklan produk diluar sana yang mencanangkan kejayaan diet tanpa berlapar dengan testimoni - testimoni hebat mereka.

Lebih cepat anda terima hakikat nak kuruskan badan memang wajib ada rasa lapar, lebih cepat anda move on dan mula ambil langkah yang betul.

realiti produk kurus
Iklan produk kurus - Macam inilah umpamanya. yang kurus 2-3 orang je dicanang berulang. yang tak kurus-kurus berlambak lagi.

Bagaimanapun, rasa lapar dan craving tu boleh dikurangkan dengan beberapa strategi yang baik. Anda cuma perlukan sedikit disiplin dan beberapa bantuan yang selamat.


  • Pilih makanan yang betul-betul makanan - Sebiji Big Mac dengan Segelas Coke besar mempunyai 800 kalori. Satu set nasi lengkap dengan ayam, sayur dan sambal pun mempunyai kalori kurang dari 800kcal!
Walaupun kedua dua jenis makanan tu memberi jumlah tenaga yang sama, tapi rasa kenyang big mac jauh lebih pendek dari satu set nasi lengkap.

Dalam kata lain, bila makan big mac, senang otak nak pikir "lapar pulak, makan je lah, esokla start diet"

"esok" tu yang bahaya tu, kan? esok jadi lusa, jadi tulat, jadi bulan depan, jadi tahun depan.

Jadi, tak boleh makan Big Mac? Boleh tapi ade strategi dan plan. Contoh kalau nk makan Big Mac malam ni, sarapan dan makan tengahari ambik makanan yang rendah kalori. Asalkan protein goal tercapai.

Rugilah tak makan sedap-sedap macam burger, KFC ke, Tony Romas ke. Diet biar yang sustain dan realistik. 

Kalau nk makan rebus-rebus je, grill-grill je, bukan tak boleh, tapi untuk saya sendiri, bagi saya kurang realistik, terutama kat malaysia yang syurga makanan ni. 

Saya jamin peratusan diet tu boleh menten sangat rendah. Mesti terlajak pada satu-satu poin. Lebih baik bersederhana, boleh makan makanan yang 'normal' so diet itu sustain dan berpanjangan.

Obesiti ialah punca banyak penyakit. Dietlah secara realistik.

  • Guna bantuan untuk mengelakkan craving. Beli pemanis macam enercal yang 0 kalori tetapi punyai rasa manis. Jadi craving untuk minuman manis setel. Buat teh atau kopi gunakan gula ini. Dapat minum manis tanpa kalori!
  • Untuk lebih pantas menurunkan berat secara sihat, pengambilan protein mesti cukup. seorang yang berat 80kg perlukan kira-kira 120g protein setiap hari untuk menten otot dan galakkan pembakaran lemak. 
Untuk memenuhi protein goal menggunakan sumber makanan biasa, agak sukar sebab kita kena maintain kalori dibawah yang kita perlukan. Kecuali anda sanggup hadap 20 biji telur rebus sehari. itupun kalori sudah cecah 1400kcal lebih. tinggal baki 100kcal je nak makan makanan lain.

Jadi saya pakai protein whey. protein whey cuma lebih kurang 500kcal je untuk dapat jumlah protein yang sama. Di sini yang orang salah faham selalu anggap whey protein untuk orang bina badan je. Sebenarnya untuk supplemen harian protein sangat efektif.

bila protein goal dah dapat, saya boleh isi baki kuota kalori harian dengan makan apa saja. Big Mac pun bole, nasi lemak pun bole, ABC pun bole. Nanti senang saya cerita lagi macamana nak strategi macam ni.

Diet ini jadi realistik. Makan makanan yang ada di sekeliling cuma terkawal. Bila boleh makan makanan biasa macam ni, lebih senang untuk kawal minda dari terlajak makan. Ibaratnya orang yang mengantuk di beri peluang untuk tidur 10 minit, berbanding orang yang mengantuk tapi tak diberi kebenaran untuk tidur.

yang tidur 10 minit itu lebih tinggi peratus menahan ngantuk, berbanding org yang tk tidur lansung suruh tahan ngantuk semata-mata.

Macam tu lah juga berdiet. :)














You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook