Kurus Walaupun Dengan Nasi Lemak!

April 05, 2017

Anda dah try macam-macam diet, diet atkins, clean diet, vegan diet, intermittent fasting, dan berbagai jenis diet lagi dan and anda follow 100% kepada rules diet-diet tu. Langsung tak cheat. kalau cheat lainlah, memang andalah yang salah kan hehe

anda dah workout, jogging, main gym.

Berat tak turun-turun jugak. muscle tak cantik-cantik jugak.

impian untuk mendapatkan badan yang sado dan hot yang anda idam-idamkan hanya tinggal harapan.

baik lelaki dan perempuan, masalah kuruskan badan yang gagal ini telah menghantui manusia berabad lamanya.

soalannya, kenapa?


sebabnya ialah ini. anda kena buka minda. pernah tak anda ada masalah yang besar, dah bermacam cara nak selesaikan tapi tak jugak selesai, akhirnya tiba-tiba solutionnya ialah benda simple yang anda tak terfikir pun?

boleh dikatakan sama kes dengan diet.

99 peratus orang yang berjaya diet ialah orang yang makan jumlah kalori kurang dari yang diperlukan. Ini ialah fakta yang tak boleh disangkal.

matematik mudah je ni.

bila makan kurang tenaga yag diperlukan, badan kene bakar lemak untuk top up.

::Matematik mudah kuruskan badan::

Malangnya 99 peratus juga orang selalunya tak ambik tahu dan tak nak faham logik mudah tersebut.

Anda tak track pengambilan kalori anda. sia-sia je bersenam dan diet bagai, tapi anda makan jumlah kalori lebih dari yang badan perlukan.

Untuk kurus, anda kena makan jumlah kalori lebih rendah dari yang badan anda perlukan.

Deficit itu akan menyebabkan badan membakar lemak sedia ada untuk cukupkan kalori yang ia perlukan.

Tak kiralah anda Diet ape sekalipun, Atkins ke, Eat clean ke, selagi kalori yang anda makan lebih dari yang anda perlukan, anda akan gain weight. Mana lagi kalori yang terlebih tu nak pergi kalau bukan simpan dalam badan?

Anda juga tak ambil cukup protein untuk maintain otot dan galakkan pembakaran lemak. ini sangat penting dalam diet

Protein yang cukup adalah sekitar 1.5gram untuk setiap kilogram berat badan anda.

Secara purata, kita perlukan lebih kurang 90gram protein ke atas untuk maintain otot dan teruskan membakar lemak.

untuk mencapai target protein sebanyak itu dan mengawal kalori dari berlebihan agak sukar.

pilihan paling baik ialah telur kerana kandungan kalori yang rendah, tapi anda kena makan kira-kira 15 biji sehari untuk mencapai target protein itu

pilihan lain ialah bahagian dada ayam yang di grill, tetapi leceh penyediaan dan perlukan kerajinan serta disiplin tinggi untuk maintain.

pengambilan whey adalah option yang baik kerana ia sumber protein tinggi dengan kalori yang rendah

::protein whey yang menjadi pilihan aku::

whey berfungsi membekalkan protein yang cukup untuk diet anda.

ia rendah kalori dan memngandungi bahan yang membantu membakar lemak dan maintain otot.

3-4 scoop whey cuma lebih kurang 500kcal.

so untuk diet dengan 1500kcal sehari, anda masih ada kuota 1000kcal lagi untuk dihabiskan dengan makan apa saja yang anda suka, dan masih terus hilang lemak dan menten otot!

Makan Nasi Lemak Ketika Diet?

makan nasi lemak pun baru 500kcal. ade baki 500kcal lagi untuk  makan apa yang anda suka.

boleh 2nd round nasi lemak, atau semangkuk mihun sup, atau 2 cawan milo, atau 2 cawan jus buah.

best gila. haha


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook