Diet tak berkesan? Belajar matematik!

March 31, 2017

Kuruskan badan.

Topik yang hampir semua manusia atas muka bumi ni ade kaitan.

Kadang-kadang kite tengok sesetengah orang tu dah elok je badan die, tapi masih tak puas hati jugak. Nak jugak diet lagi.

Apatah lagi yang memang ketara mengalami masalah obesiti, memang confirm ade terdetik paling tidak sikit rase untuk berdiet.

Hampir 100% juga akan cuba untuk diet, tetapi peratusan yang berjaya boleh dikatakan kecil. Sebahagian besar kita cuma mampu terkesima melihat kejayaan orang lain kuruskan badan.

Persoalannya, kenapa orang boleh, tapi kita gagal?

Jawapannya sebenarnya ialah matematik yang mudah.

Tak kira apa jenis diet sekalipun yang kita ikut, Atkins ke, Clean Diet ke, Clean Food Diet ke, Vegan Diet ke, dan sebagainya, untuk berjaya kuruskan badan dan kurangkan berat sebenarnya faktor utama ialah pengiraan kalori.

Kita perlu makan jumlah Kalori lebih rendah dari Kalori yang badan gunakan

Dalam erti kata lain, mengikut pemahaman mudah aku sendiri, semua jenis diet diatas sebenarnya ialah kalori diet.

(ok, aku bukan pakar nutrisi, bukan doktor, bukan personal trainer, bukan sapa-sapa, cuma aku mengkaji kenapa kegagalan berdiet berlaku, so kalau tak nak setuju pendapat ni pun takpe hehe )

Pengikut Diet tertentu kadangkala terlampau taksub dengan kepercayaan masing-masing. Diet Atkins misalnya, cukup pantang bila orang cakap makan karbohidrat pun boleh berjaya kurus. Pemahaman mereka ialah tenaga datang dari karbohidrat. Elakkan makan karbohidrat dan badan akan tiada sumber tenaga lain untuk dibakar dan akan bakar lemak dari badan.

Soalannye, lemak dari badan ialah tenaga, tapi macamana lemak yang kita makan bukan tenaga pulak?

soalan lagi, pengamal diet vegan makan buah dan sayur yang tinggi karbohidrat, yang tidak dibenarkan dalam fasa 1 (dan 2?) tetapi apsal berjaya kurus juga?

(lagi sekali, aku bukan pakar, tak setuju tak apa, ini pendapat peribadi hehe)

Diet vegan dan clean diet pula claim hampir berlawanan dengan diet atkins. asalkan makan ''clean'', badan akan kurus naturally.

soalannya balik, kenapa pengamal diet atkins boleh kurus pulak? ayam goreng semua bedal asalakan rendah carbs.

(bertanya soalan-soalan macam ni bukan nak cari pasal, tapi membuatkan kita belajar. kalau takde jawapan memuaskan untuk soalan2 macam tu, something is totally wrong.)


Masa Untuk Matematik!


jawapan memuaskan untuk soalan-soalan diatas tadi ialah, semua orang tak sama!

diet itu berkesan untuk diorang, tapi belum tentu lagi berkesan untuk anda.

Ada orang diet Atkins sudah ikut semua garis panduan Atkins (yang cheat pun banyak, lepas tu tanya kenapa berat tak turun, ini takleh cakap ape la kan) tetapi berat masih tak turun.

Sama juga ade yang ikut vegan diet makan buah je tapi melambung berat naik.

Clean diet, makan semua fresh food, tapi naik jugak.

Setiap orang adalah berlainan, jadi macamana kaedah yang berkesan untuk kita?

Ok, matematik masuk kat sini, tapi jangan risau. congak-congak je pun dah boleh hehehe.



Diet asyik gagal?
Kalori tetap terbakar walaupun kita tidur sepanjang hari. Soalannya berapa banyak?

Suka atau pun tidak, percaya atau sebaliknya, Kita manusia membakar tenaga yang dikira didalam unit kalori.

mengikut berat badan dan kadar metabolisme badan masing-masing, ade nilai minimum yang badan kita bakar untuk terus berfungsi.

Secara kasarnya, lelaki membakar kira-kira 2000-2500 kCal sehari, manakala wanita sekitar 1500-2000kCal sehari.

ini ialah jumlah minimun yang dibakar setiap hari untuk menjadi tenaga kepada tubuh. walaupun kita tido 24 jam(teori, bukan betul2 24 jam tido) jantung, paru-paru , otak dan sebagainya masih berfungsi dan perlukan tenaga. Inilah nilai asas purata tenaga yang digunakan setiap manusia. ia mungkin lebih tinggi dan lebih rendah, tetapi inilah asanya.

Setiap makanan yang kite telan, ade nilai kalorinya sendiri.

Jadi matematik mudahnya ialah : 

Makan jumlah kalori lebih rendah dari yang badan perlukan

katakan badan perlukan 2000kCal sehari. kawal pemakanan contohnya 1800kCal sehari.

deficit 200kCal itulah yang badan kita akan bakar dari simpanan dalam badan kita, dan perjalanan diet anda pun bermula.

lebih rendah pengambilan kalori seharian, makin banyaklah yang badan bakar dari 'tabung' bekalan ia sendiri dan semakin cepatlah berat turun.

Tetapi pengambilan kalori terlalu rendah pun tak boleh, Rosak badan dan boleh hidapi masalah kesihatan serius. Range selamat ialah minimum sekitar 1500kCal pengambilan kalori sehari.

Antara semua diet, yang paling popular ialah diet Atkins.

Pada pengamatan aku, sebab panduan makanan dalam fasa 1 itu sendiri melimitkan kalori.

fasa 1 tak boleh makan gula dan karbohidrat. 2 benda inilah penyumbang kalori terbesar di dalam makanan. So secara automatik pengambilan kalori rendah dan badan boleh kurus.

orang yang gagal kurus walaupun patuh kepada atkins mungkin kerana beberapa faktor.

contohnya walaupun ayam goreng lulus atkins, tetapi minyak masak sebenarnya mempunyai kalori yang tinggi.

orang biasa slelaunya akan rasa muak bila makanan terlalu berminyak dan mungkin ambik seketul dua je

tetapi ade orang yang boleh bedal berketul-ketul ayam goreng tanpa rasa muak. seketul ayam goreng mempunyai kalori up to 400kCal.

kalau telan 10 ketul, tak ke 4000kCal dah? 

Sama perihalnya dengan clean diet dan healthy food.

avocado memang sihat. tapi kalau sental sampai 1000 biji, kalori yang diambil jauh lagi tinggi dari yang badan gunakan setiap hari. macamana nak kurus kalau ade lebihan tenaga?

Ini baru cerita pasal kalori je, belum cerita ape beza ambik carbs, protein, lemak. semua ada kalori, tapi apa kesan kepada kita?

Sebab tu ada jurusan Nutrisi dalam universiti. ia adalah bidang yang luas.

untuk kita yang nak berdiet ni, cukuplah tahu apa yang kene mengena dengan efek kepada berat badan dan untuk efek kesihatan.

1000kCal protein dan 1000kCal carbs akan membezakan mcmana rupa kita.

Nanti aku sambung panduan pasti kurus dan sembang-sembang lagi pasal diet yang boleh sustain.











You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook