Susah ke Korbankan Kemahuan? Delayed Gratification

September 01, 2016

Seperti mana-mana manusia atas muka bumi ini, aku pun sebenarnya sama sebijik macam korang.

suka tengok Honda Civic baru.

suka tengok Yamaha R1 release model 2017.

nk berjalan ke Krabi Thailand.

Nak pasang plaster siling dengan downlight.

Nak renovate dapur bagi besar.

etc etc etc...

Cuma, kalau kita ikutkan segala kemahuan ini, kita akan end up sentiasa spending. Kerja sebulan, dapat gaji, habis. Macam tu lah setiap bulan.

Mentaliti spending ni bahaya. Sebab kita secara tak langsung mendidik anak-anak kita berbuat benda yang sama.

Dikalangan masyarakat kita, ini ialah mentaliti yang boleh dikatakan sudah menjadi amalan biasa.

Sudahnya ia berulang dari generasi ke generasi. Kita sudahlah struggle untuk hidup,  nanti anak-anak kita pun akan mengulangi benda yang sama. Kita akan sentiasa menghabiskan duit yang kita ada, dan terpaksa bekerja. Keadaan kewangan akan sentiasa statik, hanya limit pada gaji yang kita dapat. Susah nk tolong ahli keluarga lain waktu kesusahan, mana taknya duit untuk diri sendiri pun cukup-cukup makan je.

Delayed Gratification

Bendalah  ni akan selalu korang baca kalau selalu jenguk-jenguk artikel pasal kewangan.

Dalam bahasa kita, mudahnya bolehlah disebut sebagai melengah-lengahkan kemahuan/kemewahan sekarang, untuk mengecapi keadaan lewangan yang jauh lebih baik di masa hadapan

Sebagai contoh, biarlah hari ini kita tak beli Honda Civic baru yang bulanannya Rm2000 walaupun lepas kira-kira gaji kita mampu. Tapi kita cuma beli Axia je yang bulanannya Rm500.

Lebihan Rm1500 tu kit asimpan untuk pelaburan. Paling koman pun ASB, atau tabung haji.
Hanya selepas 4-5 tahun, keadaan kewangan anda akan jauh berbeza.

Selepas 5 tahun anda akan ada Rm90,000 simpanan di dalam ASB. Jumlah ini bermaksud anda akan dapat lebih kurang Rm7000 setiap kali bulan Januari menjelma. Rm7000 tanpa buat apa-apa pun, goyang kaki saja.

Berbanding dengan keputusan membeli honda civic tadi, Honda civic anda kini sudah berumur 5 tahun. Sekarang  ni, cuba cari kereta keliling anda yang berumur 5 tahun. Best ke? Waktu ni pulak, anak-anak dah mula masuk U. Belanja pun bertambah, tapi malangnya kita tak punya lebihan simpanan dek kerana seronoknya memandu civic baru 5 tahun yang lalu.Bangga kita tunjuk kereta pada orang lain. Orang lain pun kagum tengok kejayaan kita. Malangnya orang lain tu tak tolong bayarkan hatta bil eletrik kita pun.

Aku tak tau korang prefer yang mana, tapi aku suka yang dapat Rm7k free tiap-tiap tahun tu. Masa tu kalau nak beli civic pun separuh installment dah setel guna Rm7k tu.

Kalau nak melancong pun bajet 7k, nice sangat tu, bukan setakat Krabi boleh sampai tu.

Ini baru contoh kecik. Selalunya, delayed gratification ni beri kesan positif pada kita. Aku sendiri merasainya.

Bila kita tak hiraukan lagi tentang kemewahan, aku dapati aku lebih menghargai wang. Nak membazir tu rasa sayang sangat sebab kita bersusah payah menyimpan.

Tabiat untuk spending makin lama makin kurang. Wujud pulak tabiat baru yang sentiasa nak generate wang. Sentiasa belaja rmacamana nak buat bisnes, walaupun kecik-kecik je macam jual air kat opis dan sebagainya.

Kita mula mencari jalan berhibur tanpa faktor kewangan.

Kelebihan sebagai orang Islam pulak, kita tak akan jatuh kategori kedekut kalau kita follow panduan Islam.

Bayar zakat bila cukup haul ikut persen yang ditentukan.

Ikut nasihat agama kita, bbila kita bersedekah rezeki kita akan bertambah murah. Di sini kita akan memilih untuk menggunakan lebihan duit kita tadi untuk membantu mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Yang mana ku kira, jauh lebih baik dari beli Civic yang sebenarnya kita tak mampu sangat pun.

betul ni...benda-benda macam tu kita rasa macam mampu, tapi percayalah, tak.

Ini aku observe sendiri keliling aku ni. Anak-anak pakai Aphard, Estima, Shadow bagai. Tapi Mintak hulur duit belanja susu Bapak, liat.

Nampak tak logik kat situ kan? Macamana seorang yang pakai kereta-kereta hebat macam tu, spare Rm100 sebulan pun tak ada. Rumah besar. Baju branded.

Aneh? tak aneh langsung. Banyak orang macam ni keliling kita. Pernah ada kawan hutang kita tak bayar-bayar, tapi lepas tu tukar sport rim moto? Ha itu dah tunjuk bakatlah tu. Kalau tak bendung, macam itulah jugak jadinya.

Sebenarnya aku nak cerita aku jual Duke aku tu sebab aku rasa belanjanya mahal, so jual dan beli kapcai. Tapi dah terintro tadi dah panjang gitu plak, sambung lain kali lah.

hahaha...semoga bermanfaat!





You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook