Sayang, tapi tak sayang?

January 14, 2015

Zaman sekarang ni, agak jarang isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa. Kebanyakannya bekerja.

Takda apa yang salah mengenai fakta itu, aku nak cerita pasal benda lain cuma ada kaitan je sikit.

Oleh kerana 2-2 bekerja, kebanyakan parents hari ini cenderung untuk memberi kasih sayang dalam bentuk material.

Pun tak salah, tapi yang salahnya, bila dah bagi kasih sayang dalam bentuk material, kasih sayang dari segi perlakuan dan rohani pulak kurang.

Contoh, sebaik saja lahir, baju baby tu dah siap yang branded berderet. Stroller beli yang beribu-ribu harganya. Besar sikit beli toys yang mahal-mahal, fisher price paling koman. Botol susu pun sampai beratus harganya.

Tapi sayangnya...

Balik rumah parents ni tadi mengadap smartphone manjang. Baby tu terkulat-kulat sorang takde yang agah.

Merengek-rengek atau meragam sikit dah mula nak naik hangin masam-masam muka dengan budak yang tak tau apa tu.

Bila besar sikit dah pandai merayap dimarah-marah dan dibebelnye budak tu. 'Adik, duk sini diam-diam meh', 'jangan main cawan tu, nanti pecah'. Padahal budak tu tak tau apa, kita la yang kena pastikan benda-benda bahaya ni jauh dari baby. Harapan parents ni supaya budak tu duduk diam-diam senyap je kot? walhal masa tu dia tengah mengembangkan otak dia explore macam-macam.

Ini ialah pengamatan aku melalui orang-orang di sekeliling. Kata sayang anak, belikan macam-macam, tetapi kasih sayang yang sepatutnya budak tu terima tak ada. Mereka expect dah beli macam-macam, cukup dah kasih sayang dicurahkan.

Stroller Quinny Zapp Extra, Botol susu Avent, Playpen Fisher Price, semua tak berguna kalau anak dilayan seperti diatas.

kan?


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook