Progress Azam 2015

January 12, 2015

Langkah pertama, seperti yang dah diceritakan dalam entry Pelan Peningkatan Taraf Hidup 2015 ialah terminate ASB loan.

Terminate bukan sebab tak bagus, tapi untuk mengurangkan komitmen bulanan supaya senang approve loan.

Tapi sebenarnya aku nak check dulu layak lagi tak dapat loan tanpa terminate loan ni.

Jadi pagi tadi dah call staff maybank, tempat saya buat loan. Tanya nak terminate, tapi tertanya benda lain sekali. Aku cakap nak terminate sebab kurangkan komitmen nak beli rumah.

Staff bank tu cakap, boleh apply loan rumah pada mereka jugak, sebab kerana dengan diorang jugak aku apply loan ASB, jadi diorang tau history dan boleh explain kat management. Wah ini sudah bagus!

Tengah tunggu diorang check berapa banyak lagi eligible untuk pembelian rumah. Hehe.

Sementara tu boleh dah usya-usya lawyer mana nak pakai. Confirm je staff tu cakap masih ok untuk apply loan rumah, boleh dah proceed nego dengan tuan rumah atau cari lelongan yang berbaloi.

Dah ade dah sebenarnya rumah yang aku target, tapi nak make sure loan boleh lepas ke tak dulu. Main terjah je kang loan susah lepas, buang masa seller, buang masa aku jugak.

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook