Cara untuk menjadi orang yang hebat

January 02, 2015

Antara kita gerenti ada simpan niat untuk menjadi hebat.

Hebat tu bergantung kepada definisi masing-masing lah, tapi kalau aku, ialah mencapai financial freedom, keje sendiri tapi gaji setahun multiple lagi dari keje makan gaji. Rasanya majoriti setuju ini antara definisi orang yang hebat kan?



Antara usaha untuk menjadi orang yang hebat itu ialah semudah bergelumang di kalangan orang-orang hebat.

Kita adalah purata 5 orang disekeliling kita.

Kalau kita bercampur gaul dengan orang biasa makna gaji, makcik-makcik geng kutu, maka diri kita ialah purata orang-orang itu.

Bukan nak cakap jangan kawan dengan mereka ye, bukan itu tujuan entry ini. Tapi kalau kita nak melangkah lebih jauh, kita kene juga bergaul dengan orang-orang hebat.

Agama islam pun ada kenyataan pasal pilih kawan ni, aku lupa plak detail dia, nanti aku search.

Sebab dia, bila kita dah berkawan dengan orang-orang hebat ni baru kita nampak apa beza aktiviti dia dengan kita, apa habit dia banding dengan kita dan sebagainya.

Zaman dahulu kala memang susah untuk buat benda ni jika kita tergolong dalam golongan biasa. Tapi zaman sekarang ni teramatlah mudahnya.

Buka blog-blog otai finance, property investor, gold investor, financial planner yang hebat-hebat ni dan baca entry-entry mereka. Kita akan rasa rapat dengan mereka dan belajar banyak dari tips-tips mereka.

Sekurang-kurangnya, itulah yang aku rasa bila blogwalking blog-blog mereka ini. Mereka ialah golongan yang kurang beri alasan dan lebihkan tindakan.

MInyak naik, kos hidup melambung tinggi, pun terjadi pada mereka juga, tapi dari dok membebel komplen pasal perkara-perkara tu yang takkan ubah apa-apa, mereka pilih untuk bertindak menjana lebih banyak pendapatan.

2015 baru masuk 2 hari, ada 363 hari lagi to go, Mari sama-sama improve taraf hidup kita :)


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook