Suggestion ebook yang baik untuk memahami perihal pelaburan emas

December 29, 2014

Rasa-rasa aku memang dah tekankan beberapa kali bahawa apa-apa pelaburan pun, jika hendak dibuat, perlu ada ilmu dahulu.

Di zaman yang serba canggih sekarang ni, berlambak-lambak buku baik dalam bentuk fizikal mahupun digital.

aku memang prefer digital, sebab jenis tak berapa nak pandai menjaga barang. Kalau buku fizikal, kejap je dah lunai, lepas tu siap boleh lupa mana letak.

Kalau digital, baca pakai tablet atau pc je. Kalau lupa download folder, boleh download lagi...haha

Dan selalunya juga, pengarang ebook yang bagus-bagus selalunya menyertakan sekali keahlian dalam grup facebook tertutup. Bermakna apa-apa kemusykilan yang timbul selepas baca buku tu boleh diutarakan di dalam grup. Disamping dapat ramai kawan yang 'sebulu'. Iyalah, kalau dah yang duduk dalam grup tu semua beli ebook yang sama dengan anda, mestilah minat yang sama kan. Jadi kita boleh belajar dari pengalaman mereka.

Jadi untuk ilmu pelaburan emas, saya juga banyak membeli buku ebook. Tetapi yang ini lain sikit. Ia adalah pakej audio dalam mp3, dan antara panduan mengenai emas yang lengkap aku beli.

Panduan perihal pelaburan emas itu ialah Rahsia Emas dari Azizi Ali.

Bagus nya buku ni sebab beliau bukan melabur emas publicgold, jadi memang tiada bias. Dan lagi beliau bukan expert emas sahaja, tetapi expert dalam keadaan kewangan dan ekonomi semasa. Ini membolehkan beliau mempunyai pandangan terhadap emas melalui sudut kewangan.

Kalau anda nak mula belajar mengenai pelaburan emas, saya memang recommend pakej audio ini.

Sebab seperti yang dah dijelaskan di atas


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook