Prosedur dan proses beli rumah

December 05, 2014

Prosedur dan proses beli rumah

Untuk anda-anda yang pertama kali nak beli rumah, mungkin agak blur, atau pening dengan banyaknya bende nak kena tengok. Lawyer la, lawyer bank la, lawyer seller la, deposit la, s'n'p la.

Sebenanrnya taklah kompleks sangat, tapi aku mula-mula beli rumah pun macam ni juga, blur.

Ini ialah pengalaman sendiri beli rumah subsale, atau bahasa mudahnya rumah secondhand.

Process flow beli rumah.

1. Setelah dah berkenan dengan rumah, anda kene booking rumah. Selalunya amaun yang seller atau agen letakkan untuk book rumah ialah 3%.

3% peratus ini ialah sebahagian dari downpayment rumah yang 10% tu. 3% dibayar untuk booking rumah bermaksud seller dah tak open kepada orang lain lagi. Anda pulak lepas bayar booking ni, kena cari bank yang sanggup bagi loan untuk anda. Kalau beli dari agen, agen selalunya akan tolong anda carikan bank untuk apply loan.

Aku bagi contoh disini rumah RM150,000. Jadi 3% dari RM150,000 ialah RM4500. Lepas bayar kepada seller atau agen, mereka kena keluarkan resit.

Dekat sini penting untuk anda clearkan semua benda. Pastikan agen atau seller setuju jika anda tidak mendapat loan amount 90% daripada rumah, dan anda tak mahu meneruskan pembelian rumah tersebut, deposit 3% anda tu akan dikembalikan.

Terdapat kes-kes dimana buyer cuma dapat loan 75% je. Ejen dan seller pulak cakap terms perjanjian ialah kalau dapat loan je, tak kira berapa peratus sekalipun, pembelian rumah mesti diteruskan. Kalau kensel, deposit 3% tadi hangus. Kalau anda nak teruskan, anda kena bayar 15% sebagai downpayment. 15% dari RM150000 ialah RM22,500. Banyak tu.

2. Katakanlah anda berjaya dapat loan 90% dari harga rumah, maka bolehlah teruskan proses pembelian rumah. Anda kena hire lawyer untuk pihak anda. Kalau ejen dan seller anda boleh dipercayai, pakai aje lawyer diorang sekali. Kalau ragu, ragu, hire lawyer anda sendiri.

3. Kemudian sign agreement loan dengan bank. Bank pun nak release duit pegi seller kena pakai lawyer jugak. Jadi cakap dengan staff bank yang bawak borang agreement kepada anda itu anda nak pakai lawyer anda sendiri.

Katakanlah tadi seller rumah boleh dipercayai, dan anada pakai lawyer dia, maka pakai lawyer itu juga untuk bank. Kerja jadi mudah sebab cuma ada 1 lawyer untuk penjual rumah, anda dan bank.

Kalau lawyer anda ialah lain dari seller, then guna lawyer anda sebagai lawyer bank. Jadi leceh sikit proses sebab lawyer anda yang juga merangkap lawyer bank nanti perlu berurusan dengan lawyer seller untuk pembayaran loan nanti.

Pastikan anda gunakan antara 2 pilihan ni saja. 

Kalau anda tak bagitau bank nak pakai lawyer sendiri, bank akan hire lawyer diorang sendiri. Ini lagi leceh. Lawyer anda kena communicate dengan lawyer bank dan lawyer seller sekali. 

Dan anda juga kena bayar lebih. Yuran Lawyer anda dan Lawyer bank adalah ditanggung anda. Jadi kena bayar 2 pihak.

Lepas dah hire lawyer, baki 7% downpayment tadi anda serahkan kepada lawyer untuk mereka uruskan pembayaran kepada seller.

Disini anda kena mula bayar yuran lawyer, lebih kurang 2% dari harga rumah. Bermakna dalam RM3000 untuk lawyer.

4. Lawyer akan sediakan Sales and Purchase agreement untuk disain anda dan juga seller.

5. Lawyer juga akan sediakan Sales and Purchase antara anda dan pihak bank.

6. Lepas dah sain, apa yang anda perlu lakukan ialah tunggu proses penukaran hak milik rumah siap dan anda dapat  kunci. Tapi anda kena take note dalam aggrement sales and purchase tadi, berapa lama proses pembayaran ini dibolehkan. Selalunya 6 bulan dari tarikh sales and purchase.

Apa yang anda perlu lakukan sepanjang tempoh ini ialah call lawyer untuk follow up proses. Sebab kalau lepas 6 bulan proses pembayaran belum selesai, anda kena bayar denda mengikut setiap hari yang lebih itu.

Call setiap minggu dan tanya "sekarang tengah proses apa? berapa lama siap?"

katakan jawapannya "tengah arrange dengan bank untuk bla-bla-bla, 2 minggu siap"

Minggu depan anda tetap call, tanya pula "macamana progress, on schedule tak?boleh siap minggu depan?"

sebab kadangkala diorang ni sibuk sangat, dan semua orang follow up. Kalau and atak follow up, proses anda yang diabaikan dan tak sempat nak setel dalam 6 bulan tu.

7. Jika semua berjalan lancar, sebelum 6 bulan tu bank dah imburse payment ke seller, anda pun dapat kunci, dan berjayalah anda memiliki sebijik rumah :)











You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook