Memenuhi kelaparan jiwa seorang pelumba

December 24, 2014

Aku adalah tergolong dalam orang-orang yang agak 'pelik'.

Sinonim dengan lelaki, selalunya memang gerenti main bola. Tak terer main tu hal lain, tapi mesti main bola. Aku tendang bola pun senget bola tu peginya. Main bola pun sebab terpaksa main masa pendidikan jasmani zaman sekolah. Bola je la yang boleh paksa main pun. Kalau badminton ke, ping pong ke ape ke, memang haram takleh main langsung.

Pernah ade satu kes kena paksa main bola tampar, orang tak cukup. Aku mati-mati cakap tak nak, tak reti langsung, Tapi kawan-kawan dok kata, 'alah, main je takpa, orang tak cukup ni, takpe, main je'.

Natijahnya lepas game semua senyap je dek kerana insiden ade seorang badut terkial-kial dalam court bola tampar tu. Game agak besar plak tu ramai orang tengok. Aku kena gelak sepanjang game tu dengan crowd, seriously. Sungguh merendahkan self esteem aku..huh.

Jadi adakah aku bapuk? permainan lelaki semua out? salah sama sekali.

Satu-satunya sukan yang aku minat adalah lebih 'lelaki' dari sukan-sukan kebiasaan diatas.

sukan itu ialah motorsports, bahasa melayunya sukan bermotor. Apa benda je yang ada enjin dan boleh dilumbakan, aku memang minat, hatta race lori sekalipun.



Bukan setakat tengok saje ye, sekitar tahun 2005-2006 aku dah mula bergolok bergadai, bawak motor dalam track. 2006 dah mula berlumba dalam Malaysian Super Series Kawasaki Cup. Tahun 2007 ialah tahun kemuncak aku race dalam AAM Malaysian Cubprix. Tak pernah dengar nama aqmal faiz? memang le, sebab tak selalu pun duduk depan, kadangkala je...bahaha.

Kelemahan sukan ini satu je, iaitu kos yang melampau tingginya. Tayar racing je beratus-ratus dah untuk motor kecik. Sempat la merasa masa bujang dulu, boleh ikat perut untuk masuk race. La ni dah kahwin ada anak semua, takkan perut diorang nak aku ikat jugak kan. Maka berlakulah sebuah pengorbanan seorang ayah demi kebajikan anak isterinya...wah ha ha ha.

Bagaimana pun ade ketika kadangkalanya aku memenuhi jemputan kawan untuk racekan motor diorang, terubat la jugak ketagihan nak racing tu.

Ade satu lagi cabang yang aku suka iaitu race kereta, tapi lagi la mahal ya amat kan. Dan aku bukannya bos-bos yang boleh cuti sesuka hati, jadi masa pun agak terhad.

Maka, untuk mengisi kelaparan itu ialah? Simulation racing!

Game macam Gran Turismo 6 mempunyai model fizik yang dibuat untuk replicate pemanduan sebenar. Nak lagi feel, boleh beli rig racing, bermaksud ada stereng, dan seat macam kedudukan racing sebenar.




Best dak? tapi mahal weh...satu set rangka tu tak termasuk seat cecah RM2000 pun ada.

PS3 je dah RM1000. Game RM150. Rangka RM2000.

Tapi Sim racing memang sangat la sesuai dengan hidup aku ketika ini yang takde duit sangat dan kekangan masa. Boleh main kat rumah je dan bila-bila masa.

Aku teringin, tapi mahal sangat. Jadi DIY!..haha

Ada banyak orang buat seat ni DIY je guna pelbagai bahan. Aku tiru je tapi dengan design yang lagi simple.

Cuma gunakan paip PVC 2 inci dan kemahiran hidup plumbing je, dah setel. Dapat la rupa macam kat bawah ni









Seat tu aku cari kat mudah, dapat RM350. Seat SSCUS je, tapi cukup sangat dah.

Perghh layan beb...memang best. Untuk game simulation ada banyak jenis. Kalau PS3 cuma gran turismo je lah yang betul-betul driving simulator.

Tapi kalau nak lagi hardcore, ada title PC macam iracing, rfactor, assetto corsa. Ini lagi dahsyat. Game diorang ade output G-force yang kalau korang cukup kaya, boleh beli seat yang dilengkapi hidraulik, yang menggerakkan kerusi tu untuk simulate g-force masa race.

Fuh...simulation racing juga dianggap serius.

Gran Turismo misalnya mempunyai akademi yang mengambil kemasukan setiap tahun, memilih dari simulation racers yang menyertai sesi qualifying online. Pelajar terbaik kemudian akan menyertai perlumbaan sebenar.

rFactor, iRacing pula menganjurkan kejohanan aisa, dan dunia dan pelumba-pelumba alam maya ini memang seperti berlumba di dunia sebenar, iaitu meneriam bayaran dan royalti dari sponsor. Logo sponsor akan dilekat pada kereta yang digunakan dalam game simulation tersebut.

Sampai ke tahap itukah aku? belum lagi...jauh lagi...seperti perlumbaan sebenar, banyak kena belajar dan susah untuk race kereta ni walaupun dalam simulation. Itu yang buatkan ianya seronok.

Kalau berminat nak join kami, boleh tengok FB page MGTCC. Search je nanti akan jumpa.

Maka cukuplah setakat ini untuk memenuhi kelaparan jiwa aku sebagai seorang racer wannabe yang tidak kesampaian...







You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook