Kuala Lumpur Composite Index terjun tiruk!

December 15, 2014

Kuala Lumpur Composite Index

Untuk yang blur-blur lagi pasal saham-saham ni, Kuala Lumpur Composite Index atau pendeknye KLCI ialah index yang dikira berdasarkan 30 syarikat terbesar dalam list bursa malaysia.

Jadi naik turunnya indeks ini menunjuukan naik turunnya saham-saham ini.

Terjun Tiruk

Indeks tertinggi ialah pada 1887 mata pada sekitar bulan Mei yang lepas ini. Harini, KLCI terjun tiruk sampai ke paras 1700 mata (pada saat entry ni ditulis, petang tak tau la berapa). Banyak turun tu.

Untuk orang yang nak bermula main saham, inilah masa untuk masuk membeli saham-saham kukuh ini kerana harganya turun. Bagaimanapun kena ada sikit study jugak, bacalah website-website atau blog-blog mereka yang mahir keadaan ekonomi semasa. Kerana harga rendah ini boleh turun lagi.

Tetapi kalau takut turun lagi, sampai bila pun takkan beli. Sebab itulah beli kaunter-kaunter bermutu je, bukan beli kaunter yang dispekulasikan oleh orang sekeliling. "Beli saham ni weh, tengah menaik ni". ayat-ayat macam tu lah petunjuk saham tu kene dijauhi. Beli company-company kukuh, macam Petronas ke, Axiata ke, KPJ ke, yang kita sendiri nampak bisnes mereka kukuh. Hospital KPJ melambak-melambak satu malaysia, penuh manjang pulak tu. Semua insuran nyawa jadikan KPJ panel diorang. Petrol Stesen Petronas, satu area samapi 2-3 bijik, itupun sama time pegi keja, balik keja penuh semanjang. Ini ialah petunjuk mudah, tapi masih susah nak nak diikuti komuniti pembeli saham, nak jugak beli saham yang dispekulasikan.

Jadi, beli by stages. Contohnya kalau ada RM3k, bahagikan 3. Guna 1k dulu beli sekarang, bila naik atau turun 5% dari harga sekarang beli lagi. Dan seterusnya sampai lah duit anda habis dibelikan saham. Dengan cara ini anda mungkin tidak akan dapat membeli pada keadaan termurah, tetapi anda dapat harga purata. Terbeli terlalu tinggi pun tidak, paling murah pun tidak. orang kata ini cara playsafe. Ada cara lain nak ketahui waktu membeli dengan harga paling rendah, tetapi itupun bukan 100% confirm itu harga paling rendah, dan ia perlukan study yang lebih mendalam. Search Technical analysis, dan anda akan tahu betapa sukarnya untuk menjangkakan harga saham.

Kenyataan Dunia Saham, dan segala jenis pelaburan.

Di waktu beginilah juga kenyataan dunia saham terserlah. Apa kenyataan itu? kenyataan itu ialah TIADA SESIAPAPUN BOLEH MERAMAL MASA DEPAN.

Tak kiralah sepakar mana pun orang itu, takkan ada 100% confirmation ramalan pergerakan harga saham oleh sesiapapun.

Tak percaya? search je ineternet type KLCI to reach 2000 by 2014. Keluarlah nanti kenyataan-kenyataan dari banker-banker yang pakar tentang ekonomi menyatakan konfidennya KLCI akan mencecah 2000mata pada akhir tahun 2014. Sekarang tengok sendiri, 2000 kemenda?

Sama juga dengan emas, semasa harganya 1900 usd per auns, paper semua keluar report dari pakar-pakar emas kelaur kenyataan akan cecah 2000usd by 2013, sampai 5000usd by 2014 pun ada. Sekarang tengok? 1200usd je per auns.

Investment Paling Berbaloi

Jadi, kesimpulannya, investment paling berbaloi ialah investment terhadap diri sendiri. Beli buku untuk pelaburan yang ingin anda ceburi, subscribe kepada kelas-kelas atau group-group pelubaran yang berkaitan.

Banyak orang rasa sayang nak bayar untuk pergi ke kelas cara melabur yang betul, tapi senang je "sedekah" kan wang tu untuk dihanguskan dalam pelaburan yang mereka sendiri tak paham, cuma melabur sebab digula-gulakan pulangan lumayan dalam masa yang singkat.

Kalau aku sekarang ni, cuma pegang pada satu pepatah omputeh saje,

"IF THINGS SOUNDS TOO GOOD TO BE TRUE, THEN IT PROBABLY ISN'T"  

kan kan kan kan kan kan kan :)



You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook