Kaedah mudah jage anak 2 tahun :)

December 31, 2014

Menjaga anak yang berumur bawah 2 tahun, kadangkala menguji kesabaran. Jadi ramai yang tertanya-tanya apa cara paling efektif untuk menangani mereka, tanpa naik hangin.

Aku sendiri tak terlepas dari dilema tersebut, kadangkala naik hangin sebab apa pun tak kena. Malam contohnya, anak kita bangun, lepas tu meragam, susu tak nak, dukung tak nak, biarkan tak nak. Dengan esoknya nak kerja lagi, agak mudah nak naik hangin pada keadaan macam tu.


Mungkin ada diantara kalangan korang yang belum kahwin atau belum ada anak akan terfikir bagaimana orang tergamak nak marah anak kecik.

Jawapannya ialah tunggu je and ada anak sendiri nanti..hahaha

Jadi camana cara nak jaga anak tanpa naik hangin?


Ini ialah jawapannya dari perspektif aku sendiri, tak semestinya korang akan setuju.

Dengan jawapan inilah aku lebih tenang jaga anak dan enjoying every single second of it! hahaha.

Jawapannya ialah : Budak kecik tu belum paham apa lagi, pegi marah, bebel-bebel, tengking-tengking dia tak paham apa lagi, die cuma nangis sebab takut kene tengking.

Kita yang boleh pikir ni yang kene ubah mindset. Budak kecik memang macam tu, memang menyepah, memang ke sana ke mari lari-lari, pecah gelas, pecah pinggan.

Itu nature dia. Otak dia tengah nak develop. Menyepah tu lah buat otak dia jadi cerdik sebab dia explore.

Kaedah mudah menjaga anak
Pensan kalau jadi camni..hahaha

Kita yang boleh pikir sebagai orang dewasa ni yang kena alert. Jangan letak pisau ke, pinggan kaca ke kat tempat yang dia boleh capai. Kalau apa-apa jadi kat dia, bukan budak tu yang salah, korang yang salah. Die belum boleh pikir, korang yang dah.

Sibuk? tak boleh check semua benda? Kalau dari pemerhatian aku la setakat ni, taklah sibuk mana pun mak - ayah sekarang ni, sibuk sebab manjang melekat dengan smartphone je melayan whatsapp group ex-MRSM la, group ex-uitm la, group main kutu la, group ibu-bapa penyanyang la(padahal tengking-tengking anak buat sepah).

ingat, baby kita tu berumur setahun setengah sekali sahaja, masa ni je, tahun depan dah 2 tahun setengah, tahun satu lagi dah 3 tahun setengah. Esok-esok tau-tau dah besar, rindu je keletah comel diorang tu.

Memang, betul tu, tapi tak boleh elak rasa marah jugak kadang-kadang.

Ok, ini ialah masalah yang aku sendiri alami dulu. Sekarang dah tak, kenapa?

Sebab aku tengok sekeliling.

Anak orang lain ada yang Allah s.w.t. uji tak cukup sifatnya. Masalah jantung, masalah buah pinggang. Ulang alik ke hospital, cucuk merata-rata badan. Tak tau boleh sembuh ke tidak. Kena berhenti kerja untuk jaga. Tak cukup anggota, tak ada saluran najis dan sebagainya.

Beratnya ujian diorang masyallah, anak aku cuma meragam malam-malam? pecahkan gelas? apalah sangat? automatic jadi bersyukur.

Tak kira lagi couple yang dah kahwin berpuluh tahun tetapi masih tak ada rezeki mendapat anak. Teringin sangat nak ada anak sendiri tetapi Allah uji tak ada rezeki. Agak-agak kalau kita tanya diorang, kalau ada rezeki nanti, korang dapat anak tapi nakal, sanggup tak jaga? tak payah pikir panjang pun diorang dah cakap sanggup.

Nampak tak?

Baru-baru ini ada video menyayat hati tentang baby yang hanyut dibawa air deras terlepas dari pegangan ibu-bapanya. 

Boleh bayangkan jadi benda tu kat kita?

Letak kita kat tempat parents tu, kemudian aku tanya korang, kalau kejadian babay korang tu hanyut dan hilang boleh ditarik balik, tetapi balasannya korang kena jaga ragam anak korang ang tak seberapa tu, sanggup tak?

Camna, terkesan tak di hati?








You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook