Gembirakan Parents : Kalau bukan sekarang bila lagi?

December 24, 2014

Salah satu tugas di dalam kehidupan kita ini ialah menggembirakan orang tua kita, terutamanya anak lelaki yang memang wajib menjaga ibu bapa mereka.

Masalah di zaman sekarang ini, masyarakat kebanyakan mengalami kesempitan hidup yang agak melampau. Rm3ooo gaji dibandar adalah dikira miskin. Dan lebih teruk lagi, golongan yang mempunyai gaji dalam lingkungan ini selalunya paling sibuk dengan dan terikat dengan bebanan kerja yang mengekang masa. Kerja yang terlalu banyak yang tidak berbaloi dengan pendapatan

Jadi? sudahlah tiada masa untuk diluangkan kepada ibu-bapa, nak hulur duit belanja pun susah, mengenangkan keluarga sendiri (anak-isteri) pun memerlukan.

Ini bukan entry nak mengadu kesempitan hidup, tapi lebih kepada entry kesedaran kalau-kalau kita alpa terhadap ibu-bapa kita.

Aku sendiri tergolong dalam golongan ini tanpa disedari sehinggalah saya tersedar. Betapa bersyukurnya kerana tersedar awal.

Bagaimanapun, mentaliti kita sepatutnya diubah. Ibu dan bapa kena diutamakan berbanding kerja. Bukanlah sampai ponteng kerja atau sebagainya, tetapi berpada-pada dan tetap berbakti kepada orang tua.

Sama juga dengan wang ringgit. Allocate satu fund untuk mereka. Biar kecil jumlahnya asalkan ada, agar mereka tahu kita ingat kepada mereka.

Percayalah, apabila mereka tiada kelak, gerenti kita akan menyesal jika tak buat benda-benda ini. Ingat satu benda sahaja sekiranya mereka masih ada dalam hidup kita, bahawa ajal maut itu di tangan tuhan, dan ia tidak menunggu kita cukup mampu atau mewah untuk belanja orang tua kita. Apabila tiba masanya mereka akan pergi. Mungkin 10 tahun lagi, mungkin juga esok, mungkin hari ini juga.

Jadi, takutlah kita akan kehilangan mereka, dan berbaktilah selagi boleh.


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook