Simpanan Emas

November 12, 2014

Simpanan Emas

Seperti dah berbuih saya ceritakan sebelum ini, emas ialah pelindung harta anda yang baik sekali.

Properties macam rumah pun baik juga, cuma masalahnya sekali nak beli rumah paling koman kena ada 40k untuk flat di kawasan yang agak tak best.

Emas semskin fleksibel sekarang untuk simpanan. Kerana harganya kini jatuh, pengeluar emas macam publicgold membuat inisiatif mengecilkan lot simpanan emas.



kini emas boleh dibeli serendah 1 gram.

Jika anda target menyimpan 1 gram setiap bulan, kini harganya lebih kurang RM 140 sahaja.

Kena ingat, emas memang ada turun naiknya kerana spekulasi dan sentimen, tapi untuk jangkamasa panjang, ia akan naik. sebab itu ia pelindung harta anda.

kalau anda biarkan simpanan anda dalam bentuk wang kertas, ia akan susut nilai.

Contoh, sebungkus gula sekarang RM2.50. 10 tahun lagi, jangan harap boleh beli gula dengan harga yang sama. Itu namanya inflasi.Tetapi dalam range 10 tahun, emas akan naik harganya. Purata kenaikan emas ialah 30%

Keyword kat sini ialah purata. Ini yang orang selalu salah faham. Beli tahun lepas 2013, arini genap setahun, tapi harga turun 30% adalah.

kalau setahun bukan jangka panjang namanya, sila berbisnes untuk harapan pulangan sebanyak tu dalam jangkamasa pendek sebegitu.

purata bermaksud, kadar kenaikan sepanjang 10 tahun dibahagi 10 tahun.

maksudnya mungkin tahun kedua emas naik sampai 50%. Tapi tahun ke 7 ada turun 30%. Bukan setiap tahun naik, tolak bahagi darab campur semua, purata 30% setahun. Maksudnya dalam 10 tahun, harga emas naik 300%!

Jangkamasa panjang. Paling sesuai untuk anda target fund. Contoh, fund pendidikan anak-anak. Baby-baby yang duk dapat duit raya jangan anda jolikan, belikan emas. 21 tahun kemudian masa diorang nak masuk universiti, emas yang dibeli dulu kini 600% lebih mahal semasa dibeli. Jual separuh pun dah cukup untuk tampung pendidikan tanpa membuat pinjaman mana-mana.

Nampak tak? long term...fund persaraan, duit nak upgrade rumah disinilah paling sesuai.

duit yang mahu dibelikan emas TIDAK BOLEH duit yang anda jadikan emergency fund. Ia mesti duit yang lepas anda dah beli emas, anggap je dah takda. 10 tahun lgi baru tgk balik.

Kalau ia duit emergency anda, katakan selepas  2 tahun emergency nak pakai, anda terpaksa jual emas. Tetapi ketika itu emas sedang jatuh harganya...anda akan rugi.

Itulah sedikit sebanyak...simpanlah emas..RM140 sahaja setiap bulan. Boleh hubungi saya, saya ialah pengedar emas sah publicgold :)

::aqmal::018-3810799::


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook