kisah nak diet

November 26, 2014

Kisah nak diet


Ini kisah benar...hahaha...

aku tengah diet sekarang ni. Diet bagi lelaki adalah agak pelik sikit persepsinya. Kat malaysia ni lelaki boroi ke apa takpa. poyo metroseksual je nak diet-diet bagai ni, lagi-lagi dah kawen.

Terpulanglah bagi yang berfikir macam tu, tapi aku tanak boroi. Sebab utama ialah dari segi kesihatanlah. Boroi tu maksudnya obesiti. Obesiti tu memang mengundang penyakit. Tau-taulah penyakit tiga serangkai tu kan, kencing manis, darah tinggi dan satu lagi ape nama (lupa plak!)

Dan lagi, kita kan kena mencontohi nabi kita. Cuba try tengok macamana gambaran nabi kita. Dada bidang, bahu lebar. Maksudnya baginda s.a.w. tegap dan fit orangnya.

Dan lagi, dan lagi, aku berusaha nak kaya sekarang ni, tapi taklah sekarang kan, kalau ada rezeki mungkin 5-10 tahun lagi. Apa guna kekayaan tu nanti kalau :



1. pakai iphone 18(10 tahun lagi iphone 18 la kan) tapi tak nampak sebab mata dah rabun, kesan kencing manis


2. Takleh nak pijak accelerator pedal lamborghini aku nanti sebab kaki dah kene potong sebab kencing manis.

3. Nak melancong tak boleh sebab doktor tak advice...darah tinggi kronik.



4. Nak makan siakap 3 rasa, sup sirip ikan yu, buffet hotel semua tak boleh, reading gula naik nanti.

Boleh bayangkan keadaan kat atas? huiii tak sanggup aku.

Jadi sekarang tengah diet. Diet sihat tau, bukan diet ngarut tak nak makan. Itu diet yoyo namanya, sebabnya berat memang turun, tapi bila start makan je mencanak-canak berat naik.

Boleh singgah sini untuk detail pasal workout, corak pemakanan yang aku pilih. Itu website lagi satu aku untuk cerita perihal kesihatan..hehehe

Jadi kepada lelaki-lelaki di luar sana, mari kasi fit badan, biar isteri tak duduk diam risau laki dia kene rembat sebab hensem sangat. Nanti derang pun otomatik pasang body untuk kita, sapa untung? kitaaaaaa jugak XD







You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook