Jualan Panik

December 01, 2014

Jualan Panik


Dalam dunia saham, ada benda yang dipanggil jualan panik.

Jualan panik ialah apabila hampir semua kaunter di pasaran saham jatuh, indeks bursa saham pun runtuh.

Panik, sebab ada pemegang saham yang ikut sama menjual lot-lot pegangan mereka kerana bimbang modal hangus, tanpa usul periksa dengan sebab apa harga jatuh. Semata-mata kerana Panik

Peluang

Kepanikan itu memberi peluang sebenarnya. Inilah waktu terbaik untuk mula membeli lot-lot saham yang terjatuh teruk itu. Dikala orang lain panik menjual, kita beli saham-saham kukuh yang sebenarnya tiada apa-apa masalah pun.

Bila peluang itu datang? contohnya hari ini.

Saham Petronas Dagangan misalnya, tadi telah mencecah Rm 15 sahaja seunit. Dibandingkan dengan rekod harga tertinggi Rm30 seunit, harganya sudah jatuh 50%.

Banyak tu.

Inilah masa shopping terbaik, tapi kene ada modal lah


You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook