Hidup..Life...

November 26, 2014

Hidup Di masa kini

Sedih, sedih gila bila pengumuman pemansuhan subsidi dibuat tempohari oleh PM kita. Sedih gila gila gila gila..

Sedih sebab tak tau mcmana lagi nak buat untuk jimatkan pebelanjaan. Nak naik public transport? tak boleh harap...berejam nak sampai destinasi.

Save makan? memang takde joli-joli dah makan tak tentu hala...masak sendiri atau beli lauk kat kedai nasi campur je.

Ini ialah antara langkah untuk menjimatkan perbelanjaan anda :

Pakaian

Pakaian, apparel adalah antara 'penelan' gaji kita. Jadi, dari pegi parkson, jusco, dan sebagainya, lawatlah kedai-kedai bundle berdekatan. Bukan bundle barang rare ye, itu lagi mahal. Pegi bundle pakaian biasa.

Seluar boleh dapat rm5, tapi selalu tak elok sangatlah rm5, selalunya range rm10 berbaloi beli. elok lagi dan murah.

Baju kemeja kerja paling best, dalam rm5 je sehelai sebab tak ada demand. Selalu baju kemeja ni orang beli baru je. Jimat banyak kat sini.

Boxer pun boleh dapat rm5 sehelai...:)


Kereta

Selagi boleh tak pakai, tak payah beli. Loan sampi 9 tahun tu sebenarnya perangkap. Bayangkan lepas 9 tahun bayar, anda cuma dapat kereta yang berumur 10 tahun. Tahu macamana rupa kereta 10 tahun? pegi cari kat mudah kereta-kereta tahun 2004. camtulah condition kereta anda 10 tahun nanti.

Kalau terpaksa beli jugak kereta, beli yang kecik-kecik dan jimat minyak macam viva ke. Kalau rajin, carik secondhand yang condition baik lagi jimat.

Jadi bulan-bulan taklah terbeban bayar installment.


Inilah 2 benda yang paling banyak boleh jimat. Tapi masalahnya...

Macam saya ni, bab pakaian dah praktik kat atas nun. Bab kereta plak takda kereta, wife je dah ada kereta. Saya pakai kapcai cabuk je.

Itupun perbelanjaan lebih banyak lagi dari gaji sekarang.

persoalannya, bulan depan subsidi mansuh, mano lagi nak jimat? itu yang sedih sangat tu...

nukilan,

engineer kesempitan

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook