BREAK EVEN

December 16, 2013

Woah.

well,

dah cerita di sini, strategi yang aku came out sendiri.

lepas beberapa bulan, came out aku rase aku cuma berjaya break even saje. ade 2-3 kaunter yang aku beli naik sampai 50%. tapi ade beberapa lagi yang harganya turun lebih kurang 15-20% setiap satu, dan aku jualkan untuk stop loss.

ikutkan, tempoh beberapa bulan tu tak cukup lagi untuk melabur. saham-saham tu mungkin boleh naik lagi. tapi aku decide untuk jualkan semua profit dan loss, sebab rasa macam i dont know exactly why i bought that certain counters. jadi lebih baik sambung membaca dan stadi lagi untuk lebih faham dan yakin bila beli saham.

setelah kira-kira lebih kurang, tetap ada untung, sebab gain lagi banyak dari loss, tapi sikit je la.

kesimpulannya strategi awal tadi tu tkleh pakai straight forward. kita masih lagi kena buat study sendiri, sebab kadangkala investment researcher tu bagi rating tinggi untuk naikkan harga saham pilihan diorang sendiri.

ade beberapa kaunter saham yang aku beli berdasarkan spekulasi semata-mata. kat link tepi tu aku ade bagi link ke satu forum investlah.com, dalam tu ada macam-macam buy call. tapi jarang yang bagitau sebab apa diorang buat buy call tu. ade yang kate kenal orang dalam la, etc etc.

keputusan saham-saham tu, ialah banyak yang rugi dari untung. forum bagus untuk dapatkan lead kaunter mana nak stadi je, tapi ikut buta-buta memang tak bagus. aku saja je try, nak belaja tengok mcmana.

macamana pun ade 2-3 orang member dalam forum tu yang mengamalkan value investing, dan berikan analisi diorang dalam memilih sesuatu saham tu.

jadi, memandangkan strategi malas tu takleh pakai, apa lagi yang ada?

yang ada ialah belajar lagi untuk dapatkan cara betulnye untuk kita ketahui nilai sesuatu saham. bila kita tahu nilai sebenar sesuatu saham tu, senang kita buat keputusan. beli bila harga lagi rendah dari nilai kita kira, dan jual bila harga lebih dari nilai kita kira.

untuk tujuan itu, kene lah melabur dulu pada buku-buku investment, dan juga kelas-kelas investment.

see how it goes

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook