STOCK ANALYSIS TYPE AND STRATEGY

August 13, 2013


Baik, seperti yang dijanjikan pada post sebelum ini,


apa itu fundamental analysis? tgk video graphic link ni, aku rasa link paling mudah nak faham



dan sudah tentu di bawah fundamental analysis tu ada banyak chapter lg. aku belajar di channel ni. tp kene sabar banyak2 sebab narrator dia mengarut byk jugak, tak straight to the point.


in simple words, fundamental analysis tu ialah kita menilai sesebuah company sebelum kita beli saham dia.

beli saham tu umpama beli kedai beger. kita kira berapa semua kos, tong gas, stall dan sebagainya. kemudian kita tengok pulak situ profit cmne. strategik ke, tetiap malam orang berator beli ke. kemudian kita decide berapa harga yang berpatutan untuk beli stall beger tu.

Apa pulak technical analysis?

technical analysis, kita tak tengok company tu. kita tengok pergerakan graf harga saham.kita kaji pergerakan harga untuk 2 minggu lepas misalnya, dan jangkakan pergerakan harga seterusnya. cara interpret graph tu banyak guna kaedah matematik. Moving Averages, Stoichastic, Fibonacci. bla bla bla

yang ini aku masih belajar lagi, jadi tak dapat nak rekemen ape-ape link.


Current Strategy.

current strategy aku sekarang simple je. aku panggil die OPT. stands for Others People Time.aku discover kaunter-kaunter yang nak dijadikan calon pelaburan aku melalui research depository Bursa Malaysia di sini. Ini kerja paling senang. Research firm dah study saham tu, kemudian buat recommendation untuk buy atau sell. dan siap ada target price lagi. jadi step strategy ini ialah : 

1. Tengok mana kaunter yang recommendation dia 'Buy'
2. Check kaunter tu patuh syariah tak. patuh, sile ke step 3, tak patuh, balik step 1.
3. Guna fundamental analysis tu untuk judge company tu takde masalah. masalah tu macam hutang t inggi sangat ke, harga saham mahal sangat ke.
4. Fundamental kuat, beli saham. Tak kuat, balik step 1.

senang kan? sebab tu OPT. orang punya masa yang habis nak research.

dari seluruh amaun yang nak dilaburkan tu, aku bahagikan kepada 7 kaunter. istilahnya kita diversify kan pelaburan kita. Kenapa buat macam ni, sebab kita tak tau apa akan jadi masa depan.

walaupun fundamental sesuatu syarikat itu kuat pun, tetap boleh crash bila2 masa. contoh kedai beger tadi, katekan la tetiap malam berato orang beli beger, mestila boleh profitkan. tetapi katekan tetiba satu malam gerai tu terbakar. habih semua peralatan hangus licin. camno?

sebab tu kita diversify kan. jadi bila ada kaunter yang rugi, masih ada kaunter lain yang untung.

selain dari laman web bursa Malaysia, pencarian kaunter-kaunter boleh jugak di buat dari blog-blog orang yang dah memang expert menganalysis saham. sebahagian dari website dan blog-blog itu aku listkan kat sebelah nun. bolehlah godek2.


if done right, stock investment boleh yield 8-10% sebulan. ASB yield jumlah yang sama dalam masa setahun!

tapi kena ingat ASB hampir 0% risk. 

stock investment jgnkan 8-10%, yang 100% sebulan pun ada, tapi risknya jauh lebih tinggi, loss 100% pun ada kemungkinannya kalau kita semberono je beli.

menarik? aku rasa menarik gila. i feel like this is my thing. i hope it is my thing :)




You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook