VICTOR AND VICTIM

July 03, 2013

i got this from a book,
dan seterusnya aku berfikir sendiri,

Sepanjang hidup ni kita adalah dalam proses pembelajaran. Dari kecik sampai la besar.

tapi, tanpa kita sedari, kita sendiri menentukan untuk belajar secara optimum atau tak.
kita yang menentukan untuk menjadi 'victor or victim'. mangsa atau berjaya.

contoh mudah je. kebanyakan kita golongan sederhana ni, cuma ada gaji cukup-cukup makan saje untuk hidup setiap hari sampai la gaji yang seterusnya. tapi boleh dikatakan kita tak buat apa-apa untuk ubah hidup kita pun. paling-paling pun cari kerja lain, yang selalunya lebih kurang sama je.

nak kaya, satu jalan ialah kena bisnes. Berbisnes tu sunnah nabi. tengok contoh macam founder D'Herbs, jutawan pada umur 25 tahun. Kak ton comey tu, pun berniaga, dan banyak lagi. Nabi kita pun terlibat dengan dunia perniagaan dari kecil lagi.


"dia dah memang anak orang kaya, bolehlah ade modal, aku anak orang susah". "aku memang tkleh nak meniaga, fail meniaga". Itu, jawapan 'victim'. mangsa keadaan. mangsa menjadi anak orang susah, mangsa tidak pernah belajar berniaga. dengan jawapan-jawapan tadi itu, peluang pembelajaran terhenti. anda buat alasan kenapa anda tak mahu buat saranan itu.


Tapi jika anda jenis 'victor', anda start belajar, mula cari camana nak berniaga, apa nak berniaga, macamana nak mula, macamana nak berjimat untuk kumpul modal dan sebagainya. you work your way around instead of giving excuses not to.

"its not your fault being born poor, but it is if you die poor" -Bill Gates-

logik tak statement Gates tu?


Pernah tengok orang kurang upaya takda tangan , takda kaki cari duit melukis dengan gigi?

macamana mungkin dia boleh lukis dengan gigi? dengan tangan pun belum tentu cantik lukisan kita..

sebab bila dia terpikir "aku nak melukis untuk carik makan", dia tak jawab

"aku takda tangan, kaki pun takda, nak lukis camna?".

Tapi sebaliknya, dia cari jalan untuk berlatih, belajar melukis jugak dengan apa yang dia ada. Kalaulah dia jawab macam di atas ni, dia takkan cari jalan untuk melukis, sebab dia dah ada alasan, walaupun alasan dia tu konkrit dan cukup masuk akal.


sama la kita. hidup susah ni, tak nak ke ubah taraf hidup, mula berniaga, ada rumah banyak, tolong orang lain dengan kekayaan tu.

side negatif diri anda?

"cakap senang, tapi aku duit gaji setiap bulan tanggung mak bapak aku sakit, adik aku belajar, hutang kereta lagi, mana nak cari modal?"

"aku dah try dah berniaga dulu, melingkup, memang takde bakat aku meniaga"


with these statements, yes, you're right,

but which do you the want most..being right, or being rich?



You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook