ASB LOAN FACILITY PART 2

July 02, 2013

Ok, bahagian kedua pasal ASB loan facility, sambungan dari bahagian satu ASB LOAN FACILITY.

Jadi apa keburukan, atau drawback yang mungkin berlaku pada facility loan ni? berikut aku senaraikan, dan aku bagi sekali jawapan aku sendiri yang buatkan aku decide teruskan buat loan facility ini.

1. BLR rate naik.

setiap loan akan ade BLR dia...tak kira la loan rumah ke, personal loan ke. selalunya state "BLR-*.**". itulah interest loan kita. dengan kadar sekarang ni, interest lagi rendah dari dividen yang ASB bagi. sekarang ni BLR-1.65 untuk loan atas RM30,000. iaitu 6.60-1.65 = 4.95%. Dividen ASB average 8%

dari situ kita nampak dividen lebih dari interest, sebab tu boleh guna teknik yang aku cerita sebelum ni. So macamana kalau BLR naik sampai interest lebih dari dividen ASB? kenalah topap pulak bayaran bulanan tu sebab dividen dah tak dapat tampung interest lagi.

Opinion Aku :  4.95% masih jauh lagi dari 8%. agak mustahil kalau tiba-tiba naik sampai lebih 8%. AGAK mustahil, bukan mustahil, mungkin juga ia terjadi. Tapi kalau ia terjadi, pendapat aku bank mesti tambah bilangan yang tolak tu untuk buatkan interest mesti kurang dari dividen ASB, sebab kalau interest lebih dari dividen, ape point orang nak ambik facility ASB loan tu ye tak?

Katakanlah bank biarkan bodoh saje, interest jadi lebih tinggi dari dividen. Ape nak buat? terpaksalah tambah bayar setiap bulan kan? ade pilihan lain lagi. kita boleh stop loan tu. amaun yang kita dah bayar akan dibiarkan dalam akaun ASB kita dan selebihnya diorang ambik balik. Cuma loan ni ade lock in period dia yang mana kalau kita stop loan kurang dari tempoh lock in period tu, kita kena bayar denda. dalam kes aku, 2 tahun. So in case dalam dua tahun interest naik jadi lebih tinggi dari dividen, aku kena topap bayar sampai genap 2 tahun, baru stopkan loan. itu saja risikonya.

mempertimbangkan dari apa kat atas tu, aku decide risiko tu minimum dan aku sanggup hadapi kalau terjadi.



2. BAYAR INTEREST BANK BANYAK, SIMPAN SENDIRI AMAUN INSTALLMENT TU LAGI BAGUS

Ini yang orang selalu balahkan tak berkesudahan. dalam kes aku contohnya, sebulan bayar bank lebih kurang RM600, walaupun bayar guna dividen, tetapi sebahagian yang agak besar dari yang kita bayar bulan-bulan pada bank tu adalah untuk membayar interest tadi.

kalau anda simpan sendiri RM600 sebulan secara konsisten, jumlah selepas 25 tahun nanti lagi banyak dari guna facility ASB loan ni.

Opinion Aku : 

1. Tak salah langsung statement kat atas tu, tapi buat loan pun sama tak salah jugak. Ia bergantung pada objektif dan style masing-masing.

Bagi aku, untuk take a sum of RM600 dari gaji aku yang ciput setiap bulan tu adalah agak susah. Banyak tu, untuk 25 tahun pulak tu.

Bila pakai loan bank, aku cuma setahun je struggle untuk bayar loan, kemudian start tahun kedua loan sampai la 25 tahun nanti aku guna dividen je untuk bayar monthly installment. so aku ade RM600 free untuk dipakai setiap bulan instead of keep it aside masukkan dalam ASB. bayar interest kepada bank aku anggap sebagai upah dia, sebab membolehkan aku takyah bayar apa-apa selama 24 tahun(tahun pertama bayar sendiri) dan ade RM100000 dalam ASB(tak termasuk compunded dividen )








Dari satu segi lain yang aku nampak pulak, kalau pun mampu simpan RM600 setiap bulan untuk masuk ASB...

buat je jugak loan ASB ni macam biasa dan guna teknik aku tu, dan lepas setahun, monthly installment dah boleh setel pakai dividen.

RM600 simpan setiap bulan tu buat macam biasa. 2-2 jalan kan? loan jalan, simpan pun jalan. cerdik ke tak cerdik?




You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook