SAHAM

June 18, 2013

Harini aku amik Emergency Leave, wife kena food poisoning, lembik. Tengah pregnant pulak, cmne la nk bli lunch ke hape kebende ke kalau aku gi keje kan..hee. Jadi aku cuti lah, anta gi klinik, bli lunch semua siap-siap.

Dah alang-alang cuti tu, kene la manfaatkan segala masa yang ade. kenala buat bende yang takleh dibuat pada hari cuti. Satu dari benda itu ialah buka trading akaun untuk membolehkan aku pergi membeli saham di Bursa Malaysia. Dari haritu lagi dok pikir bila la nak ambik cuti nak buat menda nih. sudahlah hujung bulan kena cuti lagi, nak buat kenduri doa selamat di kampung bini aku di  Perak nun. So arini teruslah buat.

Details camana boleh terjebak nak beli saham ni nanti lah post lain cerita...berjela-jela kang, cerita pengalaman buka akaun dulu lah ye.

Dari rumah aku di puncak perdana ni, yang terdekat dan mudah ialah di wisma Bently Music. haa, ktne tuh? alah senang je, betul-betul depan IKEA tu je. Ini ialah kalau nk buat akaun dengan Maybank Investmentlah. Aku buat dengan Maybank pasal ade platform online broking2U tu, dah terbiasa pakai maybank2U. Lain-lain pun ada macam RHB, OSK. yang patuh sharuah cuma ada berapa kerat je. Boleh cek kat link ni BROKER COMPANY untuk tgk mana yang terdekat dengan anda. Tanya dulu ade trading akaun islamik tak, kalau anda beragama Islam dan nak trading secara patuh shariah lah.

Sampai sana je diorang terus bagi borang. Satu untuk buka akaun trading dengan maybank, satu lagi untuk buka CDS account. dua-dua diperlukan membolehkan kita trading nanti. Borang agak banyak tempat nak kena isi, dan pening gak la sikit, tapi staff Maybank Investment branch Mutiara Damansara di Wisma Bently ni friendly belaka dan willingly to help.Sembang-sembang tu rupanya aku baru customer no berapa je. Branch tu baru je bukak bulan 4, dan banyak orang tak tau tempat tu.

Lepas anta borang, siap. Aku bukak akaun ni sebab nak dapat clearer picture camna nak trading kat Bursa Malaysia nih. Asyik baca melambak-lambak info, sampai sakit otak, tapi blur-blur lagi sebab tak dapat nak godek-godek sendiri bagi paham selagi belum ade account.

Kesimpulan cara nak buka trading account and CDS account :

1. Pilih mana security nak pakai link ini : BROKER COMPANY

2. Pegi ikut alamat yang anda pilih, bawak RM10 untuk pendaftaran, dan buku account apa-apa bank. Kalau takda buku macam akaun maybank, kene print kt mana-mana branch dan mintak cop sahkan. yang ini aku bawak buku bank public bank, sebab leceh nak mintak cop ape semua tu.

3.Ikut je arahan staff sana untuk isi borang, bal, bal, bla..

4. Siap

So dah setel register, tinggal tunggu online register siap, pastu bole godek-godek. nanti boleh update lagi bila dah paham. hehe







You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook