SAHAM 101

June 24, 2013

ok,

post ni boleh dikategorikan sebagai saham for dummies, sangat basic, jangan baca kalau anda expert saham, nanti aku kene gelak.

kita ada 2 cara untuk profit dari saham.

1. capital gain = untung modal. contoh, kita beli 100 unit saham masa harga dia RM1.00 satu unit, jadi beli dengan harga RM100. Selepas beberapa lama, saham naik jadi RM2.00 satu unit, kita jual balik semua 100 unit, dapat RM200. ade sikit tolak untuk charge broker dan beberapa charge lain lagi.

2. Dividen = untuk company yang besar2, diorang ade bagi dividen untuk sepanjang tahun. 2 kali, 4 kali, 5 kali setahun pun ada. camana nak tau kompeni bagi dividen berapa kali setahun?

tgk site bursa malaysia, semua ada, harga terkini, harga sepanjang 3 bulan, 6 bulan, setahun, berape kali bagi dividen, malah ade list  result researching company yang analisis saham tertentu itu untuk beli ke, jual ke sume ade. contoh, untuk saham KPJ, cari saje di website www.bursamalaysia.com . Kemudian cari listed companies, carilah company yang kita nak tahu. yang shariah compliance senang je, ade tanda [s] di sebelah nama company itu. ni contoh info page KPJ

KPJ HEALTHCARE

ape yang aku dah tahu (pakai baca internet je, bukan belajar betul2) :

1. analisis saham dari broker company yang teguh ada untuk suggest kita beli, jual, atau tunggu dulu untuk mana-mana saham.

2. capital gain tu boleh jadi dalam 6 bulan, setahun, 2 tahun, kadang naik, kadang turun, kalau turun pun, tunggu saje lah, masih ada dividen distribution untuk bagi income untuk pemegang saham.

nampak senang kan? tapi mana ada free lunch kat dunia ni, jadi kemusykilan aku ialah :

1. kalau senang macam ni, kenapa tak banyak orang buat? sudahlah ade can capital gain, ade dividen lg? adakah :

a-sebab orang tak tau. ade logiknye jugak. ASB dan Tabung Haji yang dah sedia popular tu pun orang tak full utilize, apatah lagi saham macam ni kan. sebenarnya same je la, cuma kite melabur sendiri. Kalau kita beli unit ASB, fund manager ASB tu akan guna duit kita untuk melabur di kaunter saham yang dipilih mereka di Bursa Malaysia tu lah. Kalau kita beli sendiri kaunter-kaunter saham pilihan kita, kitalah fund manager duit kita sendiri.

b-ade bende yang boleh menyebabkan kerugian yang kita tak tau. satu-satunya cara rugi yang aku nampak ialah kalau company bankrupt, maka unit saham kita pun hangus sama. Ataupun emergency nak pakai duit, terpaksa jual saham masa harga rendah. tapi masalah tu agak minimum kalau kita beli saham company yang kukuh kan? dan cuma gunakan duit yang lebih untuk beli saham jadi taklah terpaksa jual untuk pakai duit

2. Sampai ada kelas untuk main saham ni. Statement kelas tu pulak lebih kurang macam ni "kacang putih je teknik saya ni, goyang kaki". Satu, kalau senang macam abc, kenapa charge untuk satu kepala sampai 5-6 ribu untuk ikut kelas tu, kata senang, ni dah macam 2 semester kolej swasta punya yuran harga tu. Tapi kelas-kelas diorang ni aku rasa bagus, sebab tade pulak yang komplen lepas kluar kelas tu cakap membazir la kene tipu la ape la kan. Most probably step die senang tapi perlu compilekan untuk nampak senang tu, so mentor tu dah compile siap-siap step2 tu. make sense, sebab aku nak pahamkan sampai tahap cetek sekarang ni pun sampai pening kepale(physically tau) baca sana sini. sekali dah paham, laa, macam tu je.


itulah dia my point of view tentang saham. untuk kemusykilan di atas tu, dalam proses nak memahamkan la ni. mungkin kene pi kedai buku, carik buku-buku investing.


'there is no easy way to success'




You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook