ROBOT

June 18, 2013

Setiap hari aku bawak moto pegi kerja.

Dalam perjalanan pegi kerja tu ade 3 traffic light di antaranya yang pagi-pagi dikawal polis traffic.
Sepanjang perjalanan tu jem memang tak hengat punye. roti sebanyak mane pun takkan cukup untuk sapu abis jem tu(ok..lawak bodo di situ,). Naik moto tak terkesan sangat lah, boleh lalu cecelah dengan berhati-hati supaya tak bantai side mirror orang, dan untuk alert tentang mangkuk-mangkuk yang tukar lane tanpa tengok side mirror kete diorang yang mahal tu.

Setiap traffic light purata terhenti 5 minit sebelum encik polis atau akak polis bagi jalan.

Haa...aku nak cerita pasal 5 minit ni la.

usually, 5 minit tu aku sama la macam pengguna jalanraya yang lain, kosong je menunggu agar cepat-cepat polis bagi jalan.

tapi aku jumpe aktiviti yang sangat la best 2-3 minggu akhir ni. aku tengok muka org yang drive atau bawak moto yang lalu lalang tu.

ape yang best korang kata? takde yang best pun, tapi ia terkesan kat hati, bila aku observe muka itu dan interpret muka itu as 'pegi keja pegi keja pegi keja pegi keja'. Kalau yang shift malam pulak muka diorang tu muka 'balik keja, balik keja, balik keja'. Muka kosong...muka yang tak live life. Muka orang yang bekerja setiap hari berhempas pulas untuk orang lain(bos, towkey company) untuk dapat gaji hujung bulan, yang tak pernah cukup nak tampung hidup kat bandar ni, habis menjelang tengah bulan dan tertunggu-tunggu bila next gaji lagi...what you guys call that? i have one....robots.

...and the cycle goes on and on and on everyday, eating our age, consuming our short life on this earth. Sedar-sedar dah tua dan masih tak live life. Kat kilang, aku nampak kebanyakan production line workers yang dah otai-otai, OT sejam dah puluh-puluh. Pakai civic baru beb pegi keje. maybe die ade part time ke ape ke, tapi kalau bergantung gaji pi kilang semata-mata, bermaksud penat-penat kumpul duit, bli keta mahal sikit, pastu struggle balik setiap bulan nak cover maintainance. insuran, road tax dan sebagainya. tak pernah ada rasa ease of mind...

...tu satu la...dibuatnya kilang tutup tiba-tiba? tak biru muka..bukan tk pernah jadi, sebelah kilang aku je ni ha, panasonic liquid display tutup. perghh...chill through my spine brader...

and i realize, i'm one of them. aku ialah antara salah seorang yg muka 'nak gi keje, nak gi keje' tu. aku gak la yang tergolek dog kerja hari-hari untuk jepun yang kalau boleh nak aku tido terus kat opis tu. Aku jugak yang habih gaji menjelang ujung bulan. aku jugak yang dah tak buat benda-benda yang makes me alive, biking, racing sebab dah terjebak rutin hidup robot nih. fuh..

bukanlah nak cakap semua orang rasa macam aku, but i believe most of us does. Ada je yang suka dengan kerja dia, bos baik, career development bagus, treat employee macam orang, got awesome colleagues etc etc...congrats to you if you does.

for the rest of us, we need to change peeps! aku tanak hidup camni sampai tua. the world is big, filled with millions of opportunities. we need to find one that suits us and live out our lives.

gua nekad nak ubah life gua (tetibe gua-gua pehal ko)...skang aku tengah galak membaca pasal investing.

tau tak Bursa Malaysia sekarang ada lebih kurang 1000 kaunter saham, dan 800 lebih dari kaunter tu patuh shariah?

tau tak mereka-mereka yang melabur dengan amaun duit bawah sejuta tu ialah dibawah kategori pelabur runcit? mak aih...sejuta pun masih rincit2 lagi ke..

lepas membaca dan membaca dan membaca samapi kadang sakit kepale sebab sentiasa berfikir untuk fahamkan konsep investment ni. i made the first step to understand more, bukak akaun trading.

cara nk bukak? baca sini untuk step bukak trading account

aku nak kaya, pastu nak tolong orang-orang susah. thats my dream. i want to be filled with spirit to be successful in life, to make my dream come true. i want! i want! i want!

nak tunggu 3 kali 5 minit esok...nk observe orang :)



You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. which one? the observing thing or the bursa malaysia thing? hehe

      Delete

About Me

Like us on Facebook